home


PENGENALAN


Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1990.Syarikat ini masih beroperasi sehingga hari ini dan pemilik asalnya adalah Salleh Bin Shamsudin.Syarikat ini kemudiannya di ambil alih oleh 2 orang usahawan yang bernama  Nor Shuhada Bt Salleh dan Noor Atikah Bt Abd Rahim. Permulaan modal yang digunakan semasa pembukaan syarikat ini adalah RM 800.00 sahaja.Pinjaman bank yang digunakan oleh pemilik asal adalah Agro Bank.Bilangan pekerja di syarikat Satay Corner adalah seramai 26 orang  dimana meliputi keseluruhan aktiviti pekerjaan tersebut.


Syarikat  Satay Corner terletak di Melaka berhampiran dengan pusat Bandar yang sibuk dengan kehadiran para pelancong dari dalam dan luar Negara.Kami menawarkan pelbagai jenis satay yang mengikut citarasa pelanggan seperti satay ayam, daging, perut dan juga bergantung kepada permintaan pelanggan.

No comments:

Post a Comment